








Apa lagi yang boleh aku katakan
Lazat tak terkata
Dah kenyang senyap jadinya
Hehehe …
Marvelousssss !!!
![]()









Apa lagi yang boleh aku katakan
Lazat tak terkata
Dah kenyang senyap jadinya
Hehehe …
Marvelousssss !!!
![]()
2 Souvenir kat bawah ni aku & EA dapat dari BIL masa dia gi Geneva last month …

Fridge Magnet Lembu dari Switzerland. Cute kan ??? ![]()

Key Chain dari Switzerland jugak. Macam tau-tau je yang EA memang suka color merah.
Pastu souvenir yang kat bawah ni pulak daripada Kaklong & BIL aku jugak masa dorang pergi Shanghai, China last month jugak.

Lighter + Bekas rokok untuk EA

Gelang untuk aku

Yang ni special. Sukaaaaaaaaaa sangat !!!

Taraaaaa !! Cop nama aku
Cop nama tu Kaklong tempah kat Shanghai khas untuk aku. Ada nama aku Lily dan kat bawah tu dalam tulisan cina setelah ditranslatekan. Macam huruf AA pun ada jugak. Bantai aje la. Yang pasti aku suka giler dengan cop nama tu.
Aku ada dapat lagi satu kain sutera kot kalau tak silap dari Shanghai jugak, Kaklong belikan untuk aku. Tapi tertinggal kat rumah Ampang. Tak dapatlah nak snap. Dapat kain boleh buat baju raya nanti.
Thanks Long !!! Thanks Abang Din !! Tocey tocey !! ![]()
Sebenarnya kebelakangan ni aku tersangattttt lah malas nak update blog. Ada banyak citer nak share, tapi bila penyakit ni datang, nak buat apa-apa pun malas. Yang aku rajin makan, tidur. Hehe .. Adat lah tu kan ![]()

Citer ni citer tertangguh. Citer hari Sabtu last week. Company aku buat tournament futsal kat Sports Planet Sg. Buloh. Jauh sehhh, ntah ape sal ntah dorang pilih tempat ni, walhal punyalah banyak lagi tempat2 futsal yang ada. Tempat yang ceruk kilang ni jugak budak-budak yang in charge tournament ni pilih. Sabau aje la …
Dengan semangat kesukanan, aku & EA pepagi lagi dah bangun. Walaupun tournament starts kol 9.30 pagi, kita orang tetap kena datang awal. Pagi-pagi busy dok call team mate suh bangun, siap-siap dan cepat² jumpa kat Sports Planet. Nak tau asal ??? Sebabnya, team pertama yang cukup ahlinya masa time registration akan dapat hadiah. Tu yang berkobar-kobar kami semua nak pergi main futsal.

Ni la ahli pasukan aku yang sengal lagi gagah perkasa. Percaya atau tak, belum start lagi tournament, team kita orang dah menang. Hebat tak hebat la kan !! Hhuhuhu ~ Sememangnya hebat sebab team kita orang ni la team pertama sekali yang cukup korum. Tu pasal lah aku kata belum start tournament dah tau menang. Haha !!
![]()

Kaki semua ahli pasukan CC FC. Go go CC FC !!!

MOLY yang bersemangat waja nak main futsal. Waja la sangat kannnn .. Hehehe ![]()

Selesai sesi pendaftaran ahli kumpulan semua, kita orang yang berbaju putih semua ni punyalah bersemangat dok practice kejap. Team yang lain sume dok relax lagi, ada yang ahli-ahli dorang tak sampai-sampai lagi.
Kita orang sempat lagi nak dok snap sane sini. Aksi sengal tak sudah la budak-budak ni tau, dok buat lawak asik nak gelak ajo. Sabau jek la !!

Ini dia ahli pasukan CC FC. Meh aku nak perkenalkan setiap sorang, kasi glemer sikit oke. Huhu ~ Yang paling kiri sekali tu nama dia Fadzil, ex-colleague masa kerja kat Maxis dulu. Dia baru je join kerja dengan kita orang, hari ni genaplah sebulan.
Pastu yang sebelah Fadzil tu pulak yang comey lotey paling kecik tu namanya Firdaus. Masih single dan bujang trang tang tang. Umur pun masih di bawah 25 tahun ye kawan kawan. Sape yang nak berkenalan sila bgtau aku, nanti aku boleh tolong passkan kat Firdaus. Hehehe …
Yang tengah pasangan suami isteri yang comey iaitu MOLY. Kita orang kalau company buat apa-apa xtvt sebolehnya akan join jugak. Takdelah nanti orang kata kita ni menyombong kan. Sekurang-kurangnya kenal dan tau la jugak staff² yang lain. Betapa mesra alamnya kami, suami isteri join main futsal. Kelazzzzzzz !!!!
Sebelah EA tu pulak Sabri, ex-colleague aku jugak dulu masa kat Maxis. Tapi Sabri dah join kerja dengan kita orang since Januari tahun lepas. Team Blackberry aku banyak rembat budak-budak Maxis. Ye lah, gaji company sekarang amat memuaskan hati, kerja pulak jenis yang sempo. Sape yang tak mo kerja kat sini kan ???? Coming soon ada sorang lagi ex-colleague kita orang budak Maxis jugak yang akan join. Lagi meriahhhhhhh !!!
Yang terakhir hujung sekali badan tegap² sasa tu namanya Augusman. Hebat dia ni main futsal, kalau rembat bola kena pulak korang, konpem lebam la kaki dengan badan tu. Hehe …
Untuk makluman korang (saje la ni nak maklum), semua pemain² di atas telah berkahwin kecuali Firdaus sorang aje. Jadi, kalau team kita orang kalah main futsal, faham-faham aje lah kenapa ye. Kalau tak paham, buat-buat paham udah ler … ![]()


Sesi taklimat pun bermula. Semua ahli pasukan berkumpul kat tengah-tengah court tu, dengan apa referee nak bgtau. Peraturan yang kena ikut dan yang sewaktu seangkatan dengannya.
Untuk pengetahuan korang, setiap pasukan mesti ada sekurang-kurangnya seorang pemain wanita. Kalau nak lebih dari 1 pun tak per, tapi paling koman mesti ada 1 la kan. Pastu setiap pasukan jumlah ahlinya ada 7 orang. Jadi mana ahli yang tak cukup 7 tu, tetap nak main jugak boleh aje. Nak ikutkan pun, kebanyakan ahli pasukan ramai yang 6 orang.

Yang pakai baju Bernama color biru tu orang kuat HR kat company. Dan yang lelaki tu pakcik jaga a.k.a referee namanya. Kita orang siap import lagi referee futsal yang betul-betul referee. Ini supaya perlawanan diadakan dengan adil dan saksama. Kang kalau tak, ada je suara-suara sumbang mambang lepas game, kata ini itu tak sudah kan. Jadi, tang pak jaga ni memang aku sokong la seratus dua puluh dua peratus. Yeahhhhh !!!!! ![]()


Ini lah dia team-team yang ada. Setahu ada ada 10 team termasuk team aku, tapi tatau mana lagi 1 team hilang tak bergambar. Macam-macam gaya, macam-macam ragam yang dorang berikan. Ada yang nampak poyo, ada yang nampak hebat, ada yang nampak innocent pun ada.
Jangan tak sangka, team boss² sume pun main jugak ok. Kita orang punya big boss pun join main sekali, cuma gambar dia takde kat sini. Team boss² yang pakai baju color biru ada tulis Bernama. Ye lah, salah sorang tu orang kuat Bernama, tu yang siap sponsor.
Nak tengok team aku tak ?? Ni ha .. kat bawah ni.

Jeng jeng jenggggg !!! Bapak budok, makcik budok, pakcik budok dengan aksi yang tersendiri. Tak kisah la tu kan, yang penting kita orang semua happyyyyyyyy !!!
Itulah dia ahli kumpulan CC FC yang sangat sporting dan otak giler-giler.


Sorry time perlawan memang tak de amik gambar langsung. Memang tak larat wooo. Letih letih. Kaki masing-masing sume dah sengal, otot-otot pulak dah macam nak pecah. Setiap pasukan kena lawan sebanyak 4 kali. Setiap game 10 minit tanpa henti. Tak de nya nak rest itu ini sume. Memang letih wooo ..
Keputusan perlawanan futsal, team CC FC kecundang akhirnya. Sian kita orang ni
Kita orang menang dua game, kalah dua game. Tak dapat la nak pergi semi final kan. Apa nak buat, takde rezeki. Ni semua salah Sutha la ni. Dia tu patutnya jadi goal keeper kita orang, tapi dia pulak tak dapat nak datang di saat² akhir. Katanya atok dia sakit, kena balik Penang. Nak buek camno kan. Dah atoknya sakit, kena la dia gi melawat. Cuba kalau mak dia sakit, konpem dia pergi melencong ke luar negara. Ooopppsss !!!! ![]()

Malas nak tempek gambar banyak-banyak, tapi tempek gambar laki aku haruslah kan. Sebab dia ketua kumpulan kita orang, tengah terima hamper sebab kita orang awal-awal lagi kan dah menang - pasukan yang pertama mendaftar dan cukup ahli kumpulannya. Yahooo !!!

Tahniah diucapkan pada team CC FC. Walaupun tak menang lawan futsal, koman² pun kita orang menang jugak hamper tu. Tak dapat duit tak perlah, yang penting semangat berpasukan nak berlawan dan join main futsal tu ada. Tahniah lagi sekali aku ucapkan buat korang semua !! Tahniah !! Tahniah !!!
Sudah sudahlah dok menipu
Dengan senyuman hodoh ko yang palsu
Sedar sedarlah diri ko tu
Makin lama makin hitam makin kertu
Jangan ingat selama ni aku tak tau
Yang kerja ko asyik nak menipu
Banyak kali dah kantoi dengan aku
Sampai bila ko nak jadi macam tu
Pesan aku cuma satu
Jangan sampai ko menangis tak berlagu
Titik !!