MOLY Jr. Preparation
Posted by LilyLulu on Sunday Feb 7, 2010 Under BABY, LENSALILY, MOLY, WAREHOUSE SALESActually banyak la jugak barang-barang untuk baby yang aku dah beli. Mana yang sale sale sebelum ni memang dah beli, cuma tinggal beberapa lagi barang yang masih lagi dalam proses pencarian untuk mendapatkan kepuasan yang sebenar sebelum boleh dibeli. Barang untuk aku pun ada yang tak beli lagi ni.
Nak dijadikan citer, hari Jumaat hari tu aku dengan EA pagi-pagi lagi dah bersiap keluar rumah awal ni. Kami berdua dari Damansara menuju ke arah Subang USJ dengan semangatnya nak pergi Warehouse Sales. Nasib baik la hari Jumaat tu aku memang off day dan EA pulak kerja shift petang. Itulah untungnya orang yang bekerja shift macam kami ni. Senang nak uruskan masa kalau ada urusan yang penting-penting perlu dibuat pada hari biasa.
Perjalanan nak ke Subang tu bukan kemain jammed lagi especially bila dah nak sampai dekat dengan Summit USJ tu. Jammed giler tak hengat. Time tu dah pukul 9 lebih. Dalam hati risau gak kalau tak sampai on time, takut kang lambat-lambat banyak barang dah habis. Nasib baik lagi 5 minit sebelum kol 10 pagi dah sampai kat kawasan perindustrian USJ tempat warehouse sales tu. Masa tu orang belum ramai lagi la, tapi ada yang dah dok menunggu depan pintu pagar. Tak sabar nak masuk la tu. Huhu !!
Tak lama lepas tu, kol 10 pagi pintu pagar masih belom bukak lagi. Dorang dok tunggu staff² yang belom mai lagi. Dalam kol 10.15 pagi macam tu barulah pintu pagar di bukak. Makcik², pakcik², akak², abang² sume dok serbu tak hengat. Sabau je la aku masa tu bila tengok kerenah dorang. Macam satu kegilaan tak sabar nak berebut apa barang yang dijual kat situ.

For our Princess MOLY
Warehouse sales yang aku pergi ni memang best la sangat. Bagi aku best sebab mostly dia jual barang-barang untuk baby. Budak-budak punya pun ada, tapi tak banyak mana la. Mostly memang untuk baby punya yang dorang jual dari Fisher Price. Aku time tu dah jadi gila jugak sebab murah sangat barang yang dorang jual tu.
Kat atas tu la barang yang aku berminat beli masa time warehouse sale. Rocker chair tu baru RM100 aje, kalau kat luar tak silap aku dekat RM300 la jugak harganya. Pastu play mate tu pun murah, RM100 jugak. Harga asal yang aku tengok RM269. Sempat lagi beli beberapa toys yang sangat murah. Rattle tu sume baru RM5 dan RM10. Memang berbaloi-baloi la beli barang-barang tu. Kalau kat luar mau dah mahal giler, kopak poket.
Aku sangat berpuas hati dapat beli macam-macam masa warehouse sales tu. Walaupun penat dari kol 10 pagi sampai kol 1 petang baru nak balik, tapi memang best la beli. Worth it sangat-sangat. Semuanya sanggup ku gagahi jua semata-mata untuk bakal anakku. Wahh .. gitu ![]()

Baby Cot for Princess MOLY
Ni pulak bukan yang dijual time warehouse sale tu tau. Ni sebenarnya early present dari Kaklong untuk baby N. Aku sebenarnya yang suh Kaklong belikan, huhu, kira anggap present la jugak. Sebelum ni aku dah plan nak beli Baby Cot ni time Aussino buat sale kat Ikano, dia jual 50% discount. Tapi time tu EA kata takpe jalan-jalan dulu. Mana tau next time ada lagi sale yang lagi murah.
Pastu hari tu gi jalan kat OU ngan Kaklong dan Nawra, saje masuk Aussino kat OU tu, tengok-tengok dia tampal sale 60% untuk Baby Cot set ni, plus kalau ada Aussino nya members card additional 10%. Sah-sah la Kaklong terus belikan untuk aku bila dah 70%. Aku pulak memang nak sangat Baby Cot tu, akhirnya dapat jugak. Yeayy !!! Tq long !!! ![]()

Untuk anak-anak buah Maksu & Paksu
Barbie doll tu pulak aku beli masa time warehouse sale yang sama jugak. Cuba teka bape ringgit ?? Sangat murah sebab satu patung cuma berharga RM10 dan Rm15. Tak ke murah tu dik non oiiii !!! Beli 4 Barbie doll untuk 3N dan lagi satu untuk anak buah EA. Kalau la aku ni orang berniaga, konpem aku dah rembat angkut banyak-banyak pastu jual dalam Facebook kat akak², makcik² yang ada anak perempuan kecik. Konpem untung sebab kalau beli kat luar satu patung je dah berharga RM30++.
Banyak lagi sebenarnya Barbie, Hotweels, Batman dan benda-benda lain yang dorang jual time tu. Pastu Crocs nya kasut tok sah citer la kan. Dorang buat 50% discount, sume tu original punya dan latest shoes yang dijual. Stroller pun ada jugak dijual brand Mclaren, tapi cam tak menarik sangat. Yang pasti memang murah la dorang jual berbanding kat luar. Botol susu Avent pun ada jugak, tapi aku tak beli pun sebab dah beli yang Tommee Tippee punya. Nak cari milk storage nya botol susu, Avent takde jual pulak. Kalau tak konpem dah beli.
Coming soon nanti ada event untuk Baby dan Mama kat Mid Valley, bulan March dan bulan May ni tak silap. Kalau bulan March nya sempat la aku pergi kot, tapi bulan May EA kata tak pe, dia tolong wakilkan pergi. Haha !! Sabau jek la. Nak diikutkan EA lagi cerewet bab membeli barang-barang baby ni berbanding aku. Kalau nak beli, dia akan survey bebetol punya sampai dia berpuasa hati. Tapi bagus jugak la kan, sebab aku cam dah kepenatan nak survey banyak tempat. Dah tak larat nak jalan lama-lama sangat. ![]()
Sekarang ni dok menghitung hari aje. Nama untuk baby pun aku belom finalize lagi, tapi dah ada la list nama yang nak dibubuh, yang pasti akan bermula dengan huruf N. Heee ….
Till then guys .. Adioss !!!! ![]()







































































