Lunch @ MO
Posted by LilyLulu on Tuesday Dec 1, 2009 Under BLOGGERS, LENSALILY, LUNCH, MANDARIN ORIENTAL HOTEL, MOLY, NAWRA
Sabtu lepas aku dapat jemputan untuk lunch kat Mandarin Oriental Hotel lagi. Ini kira kali ketiga aku makan kat hotel ni, 1st time dulu masa high tea dengan EA. Pastu masa berbuka puasa bawak Kaklong & family. Kali ni aku bawak bloggers pulak dan yang bestnya kita orang dapat cuba makan kat Lai Po Heen – Chinese Restaurant yang terdapat di Mandarin Oriental Hotel.

Nawra . Aku . Maksu Hakim . Song
Disebabkan aku cuma ada masa pada hari Sabtu untuk berjumpa dengan Maksu sebelum dia nak bertolak ke JB pada hari Ahadnya, jadi aku memang dah niat nak ajak Maksu dan Song untuk join lunch bersama-sama dengan aku, EA dan tetamu istimewa pada hari tu Nawra, anak buah aku yang paling kecik sekali. Eeha dan Nuha takde sebab ikut Tokbu dorang gi Seremban sebab anak sedara aku kawen kat sana.
*Maksu senyum tunjuk gigi kat Nawra over tau !!

Suruh Nawra smile tunjuk gigi, tapi payah dia nak tengok camera.
Lunch kami pada hari tersebut adalah ditaja oleh Restaurant Manager MO Hotel itu sendiri, jadi bila kita orang sampai aje, dia dah bgtau yang segala jenis juadah dia dah request dan plan dengan chef. Dia hidangkan makanan antara yang terbaik dan halal terdapat di restoran tu.

Memula sekali sup ni. Serious tak pernah tengok dan masa awal-awal tu tak berani nak makan. Kita orang suruh la Song yang mencuba dulu memandangkan dia kan orang cina. Bila Song dah makan, katanya tu sup teratai. Aku suruh Maksu dan EA cuba dulu, dorang kata sedap macam sup ayam. Memang dalam tu ada ayam pun. Aku just cuba skit aje, ok not bad, tapi buat masa skang tekak aku payah skit nak terima makanan yang pelik-pelik. Jadinya aku kasi la sup ni kat EA suruh dia share makan dengan Nawra. Hehe …

Pastu tiba pula hidangan seterusnya iaitu Carrot Cake. Rasanya yang ni ramai orang dah biasa makan, aku dulu pun selalu gak makan Carrot Cake kalau gi MV. Sedap rasanya, perot lapar masa tu, sume pun nampak sedap aje lah kan.

Ini pulak namanya Wok Fried Turnip Cake Hong Kong Style. Sepinggan berharga RM12. Sedappppp. Ala ala macam fish cake la, tapi dia kasi nama lain, dah memang itu yang apa tertera kat menunya kan.

Ini namanya Steamed Seafood and Asparagus Dumplings, semangkuk berharga RM9. Ni aku tak cuba pun, sebab nampak cam pelik semacam aje kan. Jadi yang lelaki tolong habiskan la bahagian aku tu.

Yang ni kalau tak silap aku la yer namanya Steamed Seafood Siew Mai with Mushroom, dan yang ni pun aku tak rasa langsung. Yang makan benda alah ni EA, Song dan Maksu. Kata dorang dalam tu ada udang. Aku bila tengok cam kepelikan skit memang payah nak telan.

Tapi yang Dim Sum ni aku makan, namanya Steamed Rice Rolls with Scallops and Parsley. Semangkuk berharga RM13. 1st time seumur hidup aku makan dim sum, sebab tu cam ala-ala jakun skit bila tengok benda pelik-pelik. Aku siap suruh dorang try dulu. Kalau ok dan sedap aku cuba. Kekeke …

Jom mamam !!!

Paksu melayan Nawra makan sup teratai

Satu lagi hidangan yang kita orang makan ni memang sedap giler, namanya Crispy Prawns and Squid Dumplings Coated with Almond Flakes. Sepinggan RM10. Tengoklah udang tu siap salut dengan almond, krak kruk krak kruk bunyinya. Memang besh la !!

Makan segala hidangan kat atas tu pun kenyang perot ni walaupun nampak macam tak cukup aje. Tak lama pastu, tiba lagi hidangan seterusnya. Kami dihidangkan dengan nasi goreng seafood ni. Sedap sangatttt !! Aku makan share dengan Nawra, macam biasalah aku mesti makan tak habis. Perot tak mampu nak sumbat banyak-banyak la.

Seterusnya pulak tu dia Black Pepper Beef. Power gilerrr !! Aku kasi A+++++ banyak plus lagi kalau boleh nak kasi. Lembut dan sangat-sangat lazat. Kalau boleh sekarang nak makan je lagi la. Korang patut cuba, memang sedap sangattttt !!!

Sayur pun ada jugak. Sedap sedap sedap !!

Nawra yang makin petah mengomel macam mak nenek

Tibalah masa untuk dessert pulak. Satu kemestian dan trade mark yang ada di Mandarin Oriental Chinese Restaurant ni, tak lain tak bukan Durian Pancake. Dessert ni memang dah ada sejak 10 tahun yang lalu, ni apa yang diceritakan olehManager tu la. Mungkin korang tengok nampak cam biasa aje, tapi bila korang dah sumbat dalam mulut .. Sedap giler nak mampus !!! Ntah ntah sape yang tak suka makan durian boleh jadi suka gamaknya. Memang tip top meletop !!!! Gi la cuba weh .. konpem tak menyesal !!!

Nawra pun suka makan Durian Pancake

Paksu dia ape lagi, peminat nombor 1

Close up isi dalam Durian Pancake tu. Sejuk dan nikmat tak terkata bila dapat makan. Nak lagi boleh tak ?? Laparnya perot ku ketika ini. The best Durian Pancake I ever had in my life !!


Sebelum pulang bergambar la dulu kat depan restoran tu. Alhamdulillah perot memang kenyang sangat-sangat hari tu. Sendawa bau durian dari petang sampai la ke malam nak tidur masih dok sendawa lagi. Hahaha !! Penangan Durian Pancake kaw kaw punya. Beshhhhh !!!
Buat Maksu, selamat memulakan kerja dan kehidupan yang baru di JB. Kalau ada rezeki pasti kami akan menyusul ke sana. Tapi kalau Maksu rajin, turun la ke KL selalu. Heee …



















































December 1st, 2009 at 10:28 am
wahhh..best tu..suw suka dim sum..dh lama tak mkn..tgk blog lily ni kecur liur
December 1st, 2009 at 4:54 pm
Oh Lily !
ju baru baca entry lily pasal preggy =)
tahniah lily dearie.
semoga semakin bahagia with EA.
and of course semakin berseri !!!
ju pun tengah preggy ni.. i’m 7months.
so baby kita nanti sebaya lah. hoorey !
December 1st, 2009 at 5:51 pm
moi.. aku kalo bab makanan cina ni mmg fail le..mmg out of oderrr perut aku tak leh terima.. tapi pancakes durian tu cam sedap..
ermm..beef tu pun..
p/s: eh..gambar ni dah nampak perut ko dah..
erkk.erkk..teteksss pun besarrrrrrrrr kahkahkahkahkah…jgn mara aaa !!!
sayang lily!!!!
December 2nd, 2009 at 4:23 pm
TQ LiLy jemput maksu….Sebelum tinggalkan KL sempat la jugak mkn kat Hotel kan.Suka mak nok…TQ TQ..
December 6th, 2009 at 9:24 pm
wow dik, black paper beef dia memang nampak emmm..
December 8th, 2009 at 11:17 am
salam Lily…ermmm makin berseri sejak berbadan dua ni yer…sweet jer…tapi kan pics makanan kat n3 lily ni kan memang menggoda…adeiiiiiiiii terliur bagai tauuuuu
December 9th, 2009 at 2:08 pm
errr mmg takleh masuk lah tekak aku tgk makanan ciner nih…
ada few jer yg aku boleh makan….
bila nak start pakai uniform…tinggal beberapa bulan je nihhh…
December 10th, 2009 at 4:50 pm
walaupun saya tidak meminati durian,tapi pancake durian tu pasti saya telan..hehe
tak sabar nak tengok lily pakai baju pregnant..hehe
Congrats lily!!kem salam kat Norman ya.