Ke William
Posted by LilyLulu on Wednesday Nov 25, 2009 Under BLOGGERS, FOODS, LENSALILY, MOLY, SUPPER, WILLIAMSiyes lama giler aku dah tak ke William. Jadinya hari tu lepas aje habis tengok muzik-muzik kat Shah Alam, kita orang bertujuh terus menuju ke William untuk makan malam + supper. Dah banyak perubahan rupenya kat William ni. Uncle dah siap ada papan hijau yang macam kat sekolah tu, ada tulis macam-macam jenis menu air dan makanan yang baru.

Aku patutnya nak minum air kedondong, tapi auntie suggest aku minum air baru iaitu Blueberry Yogurt blended. Compliment dari dia dan uncle. Aku pun ok aje, boleh gak mencuba sesuatu yang baru kan. Sekali je bila rasa, yummy yummy !!! Rasanya sangatttttlah sedap, macam makan sugus anggur pulak. Dalam tu siap ada nata de coco. Actually aku bukan yang jenis suka makan yogurt, ikutkan memang tak makan langsung. Tapi air Blueberry tu takde rasa yogurt pun, boleh la aku minum.
Yang sebelah tu pulak Mango Peach blended kalau tak silap. Qis dan burn yang order. Nampak menyelerakan la jugak.

EA pulak order Cappucino blended dan air Kedondong itu diorder oleh Maksu. Terliur aku tengok air kedondong tu sekarang ni. Alangkah enaknya kalau dapat minum sekarang. Gulllppppp …..


Malam tu kita orang order roti ape namanya lupa la sebagai starter. Suka sangat roti ni sebab boleh cicah dengan caramel yang sangat lazat tu !! Korang still boleh pilih nak cicah ngan kuah kari atau dal, tapi aku suggest bagi korang yang tak pernah makan hidangan ni, cicahlah dengan caramel. Meletop habis !!! Gerenti nak lagi. Heeee …..

Ni pulak namanya Nasi Goreng Ayam Percik Ayam Golek. Kelazzzz namanya kan. Menu baru yang uncle William suggest kat kita orang. Ayam sampai 2 ketul besar pulak tu. Kalau makan sorang gerenti tak habis la, melainkan korang punya perot memang betul-betul banyak space. Sedap jugak hidangan ni, habis licin kita orang makan ramai-ramai. Sepinggan berharga RM25.

Menu seterusnya pulak ialah Garlic Butter Noodle with Ayam Pandan Grill. Malam tu Qis nak makan mee raja pada mulanya, tapi uncle cakap asik makan benda sama, why don’t we all try something new kan. So, inilah dia yang disuggest lagi oleh uncle. Pedas boleh tahan, tapi yang penting sedapppp. Pastu mee tu jenis mee kasar. Aku tak pernah jumpa pun jenis mee macam tu sebelum ni. Harga sepinggan RM20 kalau tak silap. Tak berapa ingat la pulok. Kalau salah sorry yer. Maybe RM25 kot.


Dan hidangan yang terakhir sekali kita orang order dan disuggest jugak oleh uncle ialah Hong Mali. Sup dia tu yang mahal sebab dalam tu ada daging, urat dan lidah lembu. Kalau korang tak nak urat dan lidah lembu tu boleh request jangan letak, sebab kita orang request macam tu malam tu. Dan mesti makan dengan nasi putih.
Sup tu rasanya macam makan sup ekor pulak, memang sedappppppp !!! Pedas memang pedas la, tapi kalau dapat makan cicah dengan roti bakar pun best gak. You guys should try kalau nak tau sedap ke tak. Semangkuk sup tu dengan nasi berharga RM25.
Alhamdulillah kenyang perot kami semua malam tu, walaupun aku tak boleh nak makan terlalu banyak, takat colet rasa sana sini aje. Saya nak bertanya pada mak-mak orang yang dah pernah pregnant, normal ke kalau ibu yang sedang mengandung nafsu nak makan tu tak berapa nak sangat ?? Sebab saya macam tu la, dah beberapa bulan ni tak boleh nak makan banyak sekali gus. Makan skit skit aje boleh, kalau sepinggan nasi goreng, konpem suku aje yang mampu makan. Macam mana tu ???? Risau jugak dibuatnya. Hmmm ..



















































November 25th, 2009 at 10:49 am
looks yummy la air die..terus rs haus pg2 ne..
lily william ne dkt puchong je eik? area KL tk de ker
November 25th, 2009 at 10:52 am
Wah konsep dah laju berupdet ni.Chaiyok chaiyok…
Semua makanan kat atas tu sedap and baru punya.should try….lagi satu nak mkn kene bawak Lily nanti uncle senang nak bg diskaun..ops terpecah rahsia..
November 25th, 2009 at 11:14 am
tgk org jugak le lily…
ada org melantak tak ingat..
ada org makan so-so je..
janji kenyang udah..berhenti..
yg pastinya.. takyah le nak makan byk sangat..
ikutkan nafsu mata tu..
nanti berat naik mendadak susah pulak..
masa check-up doktor ada kasitau kan..the ideal weight for you and baby.. so..just follow je le..
nak makan itu ini boleh..tapi ape org kata.. jamah le..
asal jgn kempunan..
berat2 sangat karang..doktor suspec diabetes pulak..
baby diabetes ni biasanya besor2 belaka..
wallahualam…
November 25th, 2009 at 12:06 pm
waaahhhh.. tros rase nk g william mlm ni try menu baru yang mee tu.
hm, even sy tak pnah preggy.. hehehe.. tp normal la. Ada kakak opis ni sampai dah nk bersalin pun takleh makan byk. makan je muntah. lps tu takleh makan ayam n daging. hari2 makan ikan. kesian plak tgk. eheheheh.
November 25th, 2009 at 1:54 pm
Yan skrg pun tengah pregnant 5 bulan setengah….my 1st baby
During 1st trimester lepas, memang selera makan kurang sgt2 la….nasi or anything masakan yang bertumis dan berempah, memang buatkan tengah yan loya2…..3 bulan pertama tu, duk berteman ngan minyak cap kapak n minyak mestika jer Lily…makan2 tu memang selera sgt…
Tapi bila Yan dah masuk 2nd trimester macam skrg ni, selera makan ya ampun punyalah semangat. Selera nak makan nasi tu ada jer manjang tapi kena control lah takut sugar level naik. Cuma selera nak makan choc tu memang tinggi. So konon2 nak elakkan makan choc ni kuat, Yan amik dark choc….at least kurang sikit sugar level nya. Tu sebab yang tak tahan Yan punya last check up lepas, my weight naik 5 kgs within a month. Terkejut Yan masa timbang ingatkan weight scale my obgyn tu rosak…
Macam mana pun, selera makan tu Yan rasa terpulang pada individu. Lain orang lain peel nya masa tengah mengandung ni….
Take care Lily…
November 26th, 2009 at 12:39 pm
mak hilang akal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
soklan: pasal kurang selera tu biasa… tapi kerap mkn kan cz portion keta mek kan sikit! Sok perut makin besar lagi cz space dah kecik mkn lebih sikit je terus senak! Tapi ok la tu dr takde selera langsung! Jgn biar perot kosong t muntah nak tercabot usus wei! Sakit!
November 26th, 2009 at 4:50 pm
melampo le tgk air2 kat william nih…siyes aku tak penah nampak kombinasi air camni kat kedai lain…
masa aku preknen dulu pun camtu ly, selera mkn mmg kurang, tu yg slim ajo…heheheh
November 26th, 2009 at 9:55 pm
Hari tuh pegi uncle suggest ayam percik.. memang terangkat laaa..

mmg sebab pregnant kot makan skit..
i tot kalau pregnant laa kene makan banyak..
nih tebalik pulak..
uikss..
November 27th, 2009 at 4:59 pm
huh..akhirnya apdate gak ek

biasalah tu kwn aku peknen gak nafsu makan dia pun kurang..
ko tunggu 2,3 bulan lagi..
ermm…ehh..ko nampak berisi ajer ..ehehe
tp sure dah pakai suar mak2 peknen
nanti kite pi william ok???
November 28th, 2009 at 1:40 pm
dik.. dah lamaaaa bangat tak gi william
perot tengah lapar nie.. menggigil lutut melihatnye .. terlior beb
November 28th, 2009 at 11:50 pm
tapi kan moli..kalo i preknen mesti lagi banyak i makan. hahahahah sori ye sebab komen ni rasa mcm bongok sikit sebab time ni i tengah tingtong
December 1st, 2009 at 10:30 am
lama nyer tak gi william ni..nampak sedap sekali..
December 16th, 2009 at 9:01 am
wahwah2 harus pg neh lama giler dah x pg huhuhu lapar tros