MOLY Jr. Preparation

Posted by LilyLulu on Sunday Feb 7, 2010 Under BABY, LENSALILY, MOLY, WAREHOUSE SALES

Actually banyak la jugak barang-barang untuk baby yang aku dah beli. Mana yang sale sale sebelum ni memang dah beli, cuma tinggal beberapa lagi barang yang masih lagi dalam proses pencarian untuk mendapatkan kepuasan yang sebenar sebelum boleh dibeli. Barang untuk aku pun ada yang tak beli lagi ni.

Nak dijadikan citer, hari Jumaat hari tu aku dengan EA pagi-pagi lagi dah bersiap keluar rumah awal ni. Kami berdua dari Damansara menuju ke arah Subang USJ dengan semangatnya nak pergi Warehouse Sales. Nasib baik la hari Jumaat tu aku memang off day dan EA pulak kerja shift petang. Itulah untungnya orang yang bekerja shift macam kami ni. Senang nak uruskan masa kalau ada urusan yang penting-penting perlu dibuat pada hari biasa.

Perjalanan nak ke Subang tu bukan kemain jammed lagi especially bila dah nak sampai dekat dengan Summit USJ tu. Jammed giler tak hengat. Time tu dah pukul 9 lebih. Dalam hati risau gak kalau tak sampai on time, takut kang lambat-lambat banyak barang dah habis. Nasib baik lagi 5 minit sebelum kol 10 pagi dah sampai kat kawasan perindustrian USJ tempat warehouse sales tu. Masa tu orang belum ramai lagi la, tapi ada yang dah dok menunggu depan pintu pagar. Tak sabar nak masuk la tu. Huhu !!

Tak lama lepas tu, kol 10 pagi pintu pagar masih belom bukak lagi. Dorang dok tunggu staff² yang belom mai lagi. Dalam kol 10.15 pagi macam tu barulah pintu pagar di bukak. Makcik², pakcik², akak², abang² sume dok serbu tak hengat. Sabau je la aku masa tu bila tengok kerenah dorang. Macam satu kegilaan tak sabar nak berebut apa barang yang dijual kat situ.

For our Princess MOLY

Warehouse sales yang aku pergi ni memang best la sangat. Bagi aku best sebab mostly dia jual barang-barang untuk baby. Budak-budak punya pun ada, tapi tak banyak mana la. Mostly memang untuk baby punya yang dorang jual dari Fisher Price. Aku time tu dah jadi gila jugak sebab murah sangat barang yang dorang jual tu.

Kat atas tu la barang yang aku berminat beli masa time warehouse sale. Rocker chair tu baru RM100 aje, kalau kat luar tak silap aku dekat RM300 la jugak harganya. Pastu play mate tu pun murah, RM100 jugak. Harga asal yang aku tengok RM269. Sempat lagi beli beberapa toys yang sangat murah. Rattle tu sume baru RM5 dan RM10. Memang berbaloi-baloi la beli barang-barang tu. Kalau kat luar mau dah mahal giler, kopak poket.

Aku sangat berpuas hati dapat beli macam-macam masa warehouse sales tu. Walaupun penat dari kol 10 pagi sampai kol 1 petang baru nak balik, tapi memang best la beli. Worth it sangat-sangat. Semuanya sanggup ku gagahi jua semata-mata untuk bakal anakku. Wahh .. gitu

Baby Cot for Princess MOLY

Ni pulak bukan yang dijual time warehouse sale tu tau. Ni sebenarnya early present dari Kaklong untuk baby N. Aku sebenarnya yang suh Kaklong belikan, huhu, kira anggap present la jugak. Sebelum ni aku dah plan nak beli Baby Cot ni time Aussino buat sale kat Ikano, dia jual 50% discount. Tapi time tu EA kata takpe jalan-jalan dulu. Mana tau next time ada lagi sale yang lagi murah.

Pastu hari tu gi jalan kat OU ngan Kaklong dan Nawra, saje masuk Aussino kat OU tu, tengok-tengok dia tampal sale 60% untuk Baby Cot set ni, plus kalau ada Aussino nya members card additional 10%. Sah-sah la Kaklong terus belikan untuk aku bila dah 70%. Aku pulak memang nak sangat Baby Cot tu, akhirnya dapat jugak. Yeayy !!! Tq long !!!

Untuk anak-anak buah Maksu & Paksu

Barbie doll tu pulak aku beli masa time warehouse sale yang sama jugak. Cuba teka bape ringgit ?? Sangat murah sebab satu patung cuma berharga RM10 dan Rm15. Tak ke murah tu dik non oiiii !!! Beli 4 Barbie doll untuk 3N dan lagi satu untuk anak buah EA. Kalau la aku ni orang berniaga, konpem aku dah rembat angkut banyak-banyak pastu jual dalam Facebook kat akak², makcik² yang ada anak perempuan kecik. Konpem untung sebab kalau beli kat luar satu patung je dah berharga RM30++.

Banyak lagi sebenarnya Barbie, Hotweels, Batman dan benda-benda lain yang dorang jual time tu. Pastu Crocs nya kasut tok sah citer la kan. Dorang buat 50% discount, sume tu original punya dan latest shoes yang dijual. Stroller pun ada jugak dijual brand Mclaren, tapi cam tak menarik sangat. Yang pasti memang murah la dorang jual berbanding kat luar. Botol susu Avent pun ada jugak, tapi aku tak beli pun sebab dah beli yang Tommee Tippee punya. Nak cari milk storage nya botol susu, Avent takde jual pulak. Kalau tak konpem dah beli.

Coming soon nanti ada event untuk Baby dan Mama kat Mid Valley, bulan March dan bulan May ni tak silap. Kalau bulan March nya sempat la aku pergi kot, tapi bulan May EA kata tak pe, dia tolong wakilkan pergi. Haha !! Sabau jek la. Nak diikutkan EA lagi cerewet bab membeli barang-barang baby ni berbanding aku. Kalau nak beli, dia akan survey bebetol punya sampai dia berpuasa hati. Tapi bagus jugak la kan, sebab aku cam dah kepenatan nak survey banyak tempat. Dah tak larat nak jalan lama-lama sangat.

Sekarang ni dok menghitung hari aje. Nama untuk baby pun aku belom finalize lagi, tapi dah ada la list nama yang nak dibubuh, yang pasti akan bermula dengan huruf N. Heee ….

Till then guys .. Adioss !!!!

19 COMMENTS »

MOLY Jr. in 3D

Posted by LilyLulu on Thursday Feb 4, 2010 Under BABY, LENSALILY, MOLY

Dah lama pulak rasanya tak update citer pasal MOLY Jr. aku sorang ni. Sekarang ni kandungan aku dah masuk 7 bulan lebih dah. Tinggal lebih kurang 2 bulan aje lagi, tak lama je lagi tu. Bulan lepas aku pergi buat 3D scan kat Vision College, Kelana Jaya ditemani oleh EA.

Untuk buat 3D scan ni aku call buat appointment sebulan lebih awal, sebab selalunya kat situ memang fully book. Itu pun nasib baik dapat buat booking. Kata orang masa terbaik untuk buat 3D scan ni apabila bayi dalam kandungan berusia diantara 28 hingga 32 minggu. Jadi masa aku pergi buat scan tu tak silap MOLY Jr. berusia 29 minggu.

Our MOLY Jr.

Masa buat scan tu memang aku teruja sangat, gembira tak terkata sebab boleh nampak baby lebih clear. Tapi masa tu MOLY Jr. ketiduran la, maybe sebab masa scan tu aku baru je lepas makan tengah hari. Tu yang dia kekenyangan dan tidur tak mo gerak. Payah jugak memula masa nak scan, sebab masa nak scan muka tali pusat cam menghalang, so gambar tak berapa nak clear. Dah gerak-gerakkan baby usik dia pun tak mo bangun jugak. Siap aku kena mengiringkan badan untuk dia scan baby, kalau tak muka baby tak dapat nak scan secara keseluruhannya. Last-last dia suruh aku gi jalan-jalan jap kat luar dalam 5 minit macam tu, nak kasi baby gerak supaya dapat gambar yang lebih clear.

Lepas 5 minit, masuk balik bilik untuk scan barulah boleh nampak dengan lebih terang. MOLY Jr. masih dok tidur lagi, mata dia tertutup tu (sila rujuk gambar di atas). Tapi yang nak tergelak bila tengok tang hidung. Iyer, ikut hidung aku la tu. Hihi .. Tang mata je tatau lagi sama ada sepet ataupun tidak. Surprise surprise !!

Ni pulak kaki MOLY Jr. Boleh nampak tak ?? Tu tapak kaki dia yang comey dan kecik aje tu. Bila banyak kali aku tengok gambar-gambar yang ada, rasa cam tak sabar je nak jumpa secara live. Sekarang ni aku dok menghitung hari, detik demi detik.

For those yang berminat nak buat 3D scan kat Vision College, charge dia RM90. Harga dah naik, tahun lepas RM60 jer. Tapi bagi aku memang berbaloi sangat-sangat bila buat 3D can ni. Lagi-lagi untuk anak yang pertama. Korang akan dapat CD dia burnkan gambar-gambar dan jugak video. Sorry aku tak masukkan video kat sini, kalau kat Facebook aku ada. Kalau time korang buat scan baby tengah aktif memang bagus sangat-sangat. Sebab confirm macam-macam aksi yang diberikan, kalau dapat tengok baby tengah dok menendang buat muay thai pun menarik tu.

Ni alamat Vision College:-
No. 127 Jalan SS 6/12,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
03-7803 8300

Lupa lak nak bgtau korang. Setelah diconfirmkan banyak kali, MOLY Jr. dalam perot aku ni adalah perempuan. Bertambahlah lagi cucu perempuan dalam family aku. Kalau sekarang ni ada 3N, coming soon akan jadi 4N pulak. Hehe ..

Doakan aku dan baby selamat ye korang semua. Risau jugak takut kalau apa-apa yang tak diingini terjadi sebelum deliver baby nanti. Kadang-kadang kalau baby tak tendang-tendang kan, aku risau giler. Siyes risau tak hengat. Perot sekarang ni makin ketat tak sudah, makin mengembang la kan. Alhamdulillah latest check up hari tuh baby sihat. Syukran syukran …

21 COMMENTS »

Abangah Birthday

Posted by LilyLulu on Monday Feb 1, 2010 Under ABANGAH, BIRTHDAY, DINNER, FAMILY, LENSALILY, MOLY

Khamis yang lepas Abangah punya birthday. Jadi kami sekeluarga macam biasalah celebrate together-gether. Yang takde cuma Ayah je la, masih berada di Acheh. Next week baru akan balik sini. Birthday boy request dia nak makan makanan Arab. Bagi menunaikan hajatnya, Kaklong dan BIL aku bawak kami pergi dinner kat Cyberjaya, kedai Al Baraka. Dorang tak pernah pun cuba lagi makan kat sini, so kira ni 1st time la we ols sume nak try.

Kalau masa birthday Ibu yang sebelum ni Najeeha takde sebab ketiduran di rumah, kali ni pulak Nuha pulak yang tidur. Tapi bukan tidur kat rumah, tertidur kepenatan kat kedai tu. Sian dia. Yang tak pernah penat si kecik Nawra tu. Sentiasa aje aktif 24 jam.

Mango juice . Ice Lemon Tea . Apple Malt

Malam tu kami pun order la masakan orang Arab. Bila tengok balik gambar-gambar kat bawah ni, perot aku sekarang sedang enak berkeroncong. Rasa nak makan je lagi, adoiiii. Lapo dibuatnya.

Grilled Lamb

Grilled Chicken

Mix Grilled. Aku share makan dengan EA

Nasi tak ingat apa nama. Barakah kot kalau tak silap.

Semua makanan kat atas tu memang sedap la. Puas hati makan, licin habis kita orang bedal makan. Aku suka dia nya Mix Grilled ada kebab, sedap gulung-gulung dengan roti. Ibu pulak makan nasi licin jugak, selalunya Ibu kalau makan mesti tak habis. Ibu kata sedap sangat especially sos dia tu.

Lepas dinner kami semua balik ke rumah Kaklong dulu, dah beli kek dan nyanyilah untuk Abangah. Beli 2 slice kek aje, kang kalau beli sebiji besar kang tak habis makan pulak, pembaziran aje. Yang excited habis of koz la anak-anak buah ku tu. Alhamdulillah selesai semuanya malam tu.

Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Lahir buat Abangah ku yang masih bujang trang tang tang tu. Hehe …

7 COMMENTS »

Nawra

Posted by LilyLulu on Saturday Jan 30, 2010 Under LENSALILY, NAWRA

Geram betul dengan si kecik sorang ni. Makin nakal, makin hyper, makin ganas, makin banyak mengomel.
But no matter what, maksu loves you so much !!!

4 COMMENTS »

Makan makan …

Posted by LilyLulu on Tuesday Jan 19, 2010 Under BLOGGERS, DINNER, FOODS, LENSALILY, MOLY, WILLIAM

Minggu lepas gi mamam kat William, jemputan oleh Che Burn dan isterinya Puan Qistina. Nasib baik aku cuti time tu dan EA pulak kerja shift malam, dapatlah kami berjumpa dan berkumpul together-gether. Malam tu yang ada of koz Burn & Qis, pengantin baru Encik Sepul & Nita, Kak Leez dan Song. Maksu jer takde, kalau ada konpem lagi meriahhh !!

Makan malam tu sangat meriah. Macam-macam yang kita orang order walaupun tak banyak macam sangat la sebenarnya. Hee …

Yang ni namanya Anti Pesto, diorder oleh Che Burn dan Qis. Isi-isinya hot dog, ayam pandan, kambing, daging lembu. Actually korang boleh choose, ada smoked duck, smoked beef, smoked chicken dan kalau nak semua pun boleh. Request ajo kat Uncle William.

Ni pulak macam biasa la Arabiata Seafood yang lazat lagi marvelous !! For those yang tak pernah cuba, make sure korang try ok. Tak rugi dan takkan menyesal. Yang ni Pn. Qis tolong order.

Ni pulak pengantin baru yang mengidam sangat nak makan, bukan bininya tau, tapi suaminya. Hehe .. Menu ni aku dah pernah share dengan korang sebelum ni. Namanya Garlic Butter Noodles. Hati-hati kalau makan, especially for those yang tak tahan pedas sebab kepedasannya boleh tahan hebat dengan cili padi yang dipotong halus.

Haa .. ni favorite aku dan EA, jadi kami la yang order. Lagipun dah lama tak makan ni. Spaghetti Carbonara. Yummyyy !!! Rasanya tetap sama dari dulu hingga kini dan selamanya. Memang the best la !!!

Yang ni pulak complimentary dari Uncle William tau. Kami tak mintak pun, tapi Uncle sendiri yang nak bagi kami rasa dan cuba. Nama hidangan ni Bruchettas. Atas roti tu disalut dengan sos tomato yang uncle buat, pastu dengan cheese. 1st time cuba, memang sedap !! Ala ala macam makan pizza pulak, cheese melimpah ruah melekat-melekat. Besh besh !!

Malam tu memang meriah dengan bermacam-macam cerita yang diborakkan. Ikutkan nak borak lagi je kan, tapi memandangkan EA keje malam tu, Burn dan Qis pulak nak ke Seremban, jadi tak boleh la nak lama lama sangat lepak sampai lebam. But it’s ok, esok esok lusa masih ada.

Terima kasih pada 2 customer Uncle William yang baik hati tolong amikkan gambar we olls sume pada malam tu. Memacam aksi la dorang ni kan bola bergambar. Nak tengok yg lain boleh gi kat my FB yer. Last but not least, tq lagi sekali diucapkan buat Uncle William sebab sudi belanja kami makan Bruchettas tu, 2 set ok Uncle bagi. Tocey tocey !!

Sebelum terlupa, Uncle William ada tinggalkan pesan untuk semua customer-customernya. Katanya kalau korang pergi makan kat kedai dia, make sure jangan tinggalkan barang-barang berharga dalam kereta sebab dah banyak kes kecurian berlaku di sekitar kawasan perumahan tu. So, please becareful ya guys !! Sekian pesanan penaja.

Nota perot: Buat Maksu Hakim, sila kasi date untuk bulan depan. Kami tak sabar ni !!!
12 COMMENTS »
Daisypath Anniversary Years Ticker